Translate

วันอังคารที่ 14 เมษายน พ.ศ. 2563

Di sebalik Corona (covid19)

Tiada siapa akan mempercayai satu delegasi dari negara kaya, Italy yg kini berada di Somalia, yg mana permit tinggal mereka akan berakhir membuat keputusan tidak mahu pulang, sebaliknya memohon untuk terus tinggal dinegara miskin tersebut.

Tiada siapa akan mempercayai yg bekas Perdana Menteri Somalia yg lari ke Britain untuk menyelamat dirinya telah mati akibat jangkitan corona virus dinegara harapannya.

Tiada siapa akan mempercayai tembok yg dibina olih Trump untuk menyekat pelarian Mexico daripada membanjiri negaranya kini telah menjadi tembok untuk menyekat pelarian Amerika yg meninggalkan negara mereka yg diserang wabak corona virus.

Tiada siapa akan mempercayai, dua bulan lalu Sepanyol mengalami krisis bilamana bot-bot membawa beribu-ribu pendatang haram dari Afrika melalui Morocco, sebaliknya kini bot-bot tersebut belayar balik membawa pelarian² Sepanyol meninggalkan negara mereka yg diserang wabak corona virus.

Tiada siapa akan mempercayai masjid² dinegara-negara Islam akan ditutup sehingga rukun Haji tahunan ditangguhkan, sedangkan dinegara² yg pernah mengharamkan laungan azan kini sibuk membuka semula masjid² dgn laungan azannya.

Tidak siapa akan mempercayai doktor² perubatan yg merawati pesakit² menemui ajal sedangkan pesakit² mereka beransur pulih.

Tidak siapa akan mempercayai doktor² perubatan kini sibuk mengkaji dan menyediakan formula² daripada sumber² asli untuk meningkatkan sistem imuniti manusia.

Tiada siapa akan mempercayai akhbar² dan jernal² utama dinegara Barat kini sibuk memetik dan mengupas Hadith² Junjungan Besar Nabi SAW, sehingga Newsweek Amerika menceritakan bagaimana Nabi SAW melaksanakan lockdown bilamana berlakunya wabak jangkitan penyakit, walaupun alat mikroskop belum diciptakan lagi 1,400 tahun yg lalu.

Tiada siapa akan mempercayai yg ayat² suci Al Quran dibaca di White House dan penghuni²nya mendengar bacaannya dgn bagitu khusuk setelah bertahun-tahun mereka mengutuk Islam sebagai agama pengganas.

Tiada siapa yg akan mempercayai negara-negara kuasa dunia yg mempunyai armada perang paling canggih kini berada dalam ketakutan seperti tikus² dalam gereja.

Tiga bulan yg lalu tiada siapa yg akan mempercayai peristiwa² diatas.

Subhana Allah, KAU lah yg Maha Besar Yang Mengetahui semuanya sedangkan kami hanya manusia kerdil ciptaan MU.