Translate

วันอังคารที่ 3 พฤษภาคม พ.ศ. 2559

suurah alfaatihah

surah Al-Fatihah.Apakah pengertian surah Al-Fatihah buat anda? Adakah Al-Fatihah ini sekadar bacaan yang wajib dibaca sahaja? Di dalam surah Al-Fatihah terkandung intipati kepada solat yang khusyuk.  surah Al-Fatihah.Apakah pengertian surah Al-Fatihah buat anda? Adakah Al-Fatihah ini sekadar bacaan yang wajib dibaca sahaja? Di dalam surah Al-Fatihah terkandung intipati kepada solat yang khusyuk. Ketahuilah bahawa solat adalah merupakan hubungan komunikasi dua hala di antara hamba dan TuhanNya. Cuma hati kita yang kotor mana mungkin akan dapat merasai hubungan spiritual ini yang hanya dialami oleh golongan Nabi dan para salafussoleh. Firman Allah di dalam sebuah hadis Qudsi:
“Aku telah membahagikan solat di antara Aku dan hambaKu, kepada dua bahagian, dan hambaKu akan mendapat apa yang dimintanya. Apabila hamba itu berkata, “Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”Allah berkata, “hambaKu telah memujiKu.”
Apabila hamba itu berkata“Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” Allah berkata, “hambaKu telah menyanjungKu.”
Apabila hamba itu berkata“Yang Menguasai Hari Pembalasan” Allah berkata, “hambaKu telah memuliakanKu.”
Apabila hamba itu berkata “Kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami meminta pertolongan,” Allah berkata, “ini adalah antara Aku dan hambaKu, dan hambaKu akan mendapat apa yang dipintanya.”
Apabila hamba itu berkataTunjukkanlah kami ke jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat, bukannya jalan orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat,” Allah berkata, “semua ini adalah untuk hambaKu, dan hambaKu akan mendapat apa yang dipintanya.”
(Riwayat Muslim)
Maka, setiap kali kita solat, cubarenungkan perbualan seorang hamba dengan Allah tatkala kita membaca Al-Fatihah. Perhatikan apa yang kita minta dari Allah di dalam surah Al-Fatihah. Sesungguhnya Allah telah memakbulkan permintaan kita untuk mendapatkan pertolongan daripada Allah, iaitu untuk diberikan petunjuk ke jalan yang lurus. Sesungguhnya janji Allah adalah benar kerana pada hakikatnya, kita semua senantiasa diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah yang membantu kita membezakan antara yang hak dan yang batil, antara yang baik dan yang buruk. Tetapi, oleh kerana hati yang kotor dengan maksiat dan nafsu yang gagal dibendung, kita masih jua memilih kebatilan lantas tambah menjauhkan diri dari jalan yang lurus.

Warkah Cinta Agung
Setelah selesai membaca Al-Fatihah, lantas kita pun membacakan ayat-ayat Al-Quran yang lain yang mana ada di antara yang lebih diutamakan oleh Nabi SAW seperti surah-surah lazim dan ayat-ayat yang tertentu. Di sini, kesedaran mengenai tujuan Al-Quran itu diturunkan haruslah dihadam dan dimengerti. Ketahuilah bahawasanya Al-Quran itu diturunkan sebagai panduan untuk manusia terutamanya umat Nabi Muhammad SAW. Di dalamnya terkandung panduan, amaran, ganjaran, pencerahan, cerita dll yang lengkap.
Al-Quran adalah bukti cinta Allah terhadap kekasih-Nya Nabi Muhammad SAW. Sebagai utusan Allah, cabaran dan dugaan yang diharungi oleh Baginda amatlah berat. Maka, bait-bait Al-Quran lah yang menjadi teman dan panduan Baginda. Bait-bait cinta ini bukan sekadar ditujukan kepada Nabi SAW tetapi juga kepada kesemua umat Baginda yang beriman. Ia adalah mukjizat yang diwariskan kepada kita untuk kita jadikan sebagai teman dan panduan hidup.
Fahamilah dan hadamkanlah surah-surah lazim dan ayat-ayat tertentu yang bermakna buat anda. Apabila dibacakan di dalam solat, maka ketahuilah sesungguhnya bait-bait di dalamnya adalah warkah cinta agung yang menjadi pedoman di kala kita menghadapi kesukaran dan kepayahan hidup.

sujud