Sebelum diperkatakan tentang tajuk di atas , elok diimbas dahulu sebuah petikan artikel daripada ISRANEWS.
Does Ramadan ceasefire still hold?
The 40-day
ceasefire during the holy month of Ramadan which began on July 10 has
come to an abrupt end after the shooting of a suspected militant and the
killing of a Muslim religious teacher of ustaz on July 15-16
respectively.
The above
opinion was voiced by a Narathiwat-based separatist sympathizer.
Speaking on the condition of anonymity, the sympathizer said that the
ceasefire was strictly observed by the government and the separatists
for the first four days since the Ramada and the separatists were
satisfied with the situation.
After
that however, he said that government forces started conducting raids of
suspected hideouts of the separatists and making arrests of some
suspects. He charged that such activities went against conditions in
the ceasefire agreement which ban government forces from undertaking
offensive operations with the exception of activities to maintain peace
and order against criminal activities.
The last
straw came on July 15 when Toleb Sapa-ing, a suspect on
security-related charges, was shot and seriously wounded, said the
sympathizer. This was followed by the fatal shooting of an ustaz,
Mayahali Ali, in Bannang Sata district of Yala on the following day.
"We
regard these incidents a provocation by the government which does not
want the unrest problem to be resolved. They (the government) started
hitting us first so we have to respond in kind. The good atmosphere
which lasted four days has gone. Everything is finished and we are
ready to strike again, probably even harder," he said.
The
sympathizer disclosed that the field separatists had sent their men to
observe the peace talks in Kualal Lumpur between the Barisan Revolusi
Nasional and the government and have been keeping a close watch on the
government whether it will strictly observe the Ramadan ceasefire or
not.
He said
that the observation of the peace talks had enabled core leaders of the
separatist groups to instruct their armed men to observe the ceasefire
for two weeks which will be extended to 40 days if the government does
not break the ceasefire.
He said
that the first four days of the holy month of Ramadan were very peaceful
and several separatists could manage to return home to visit their
families and to visit the masjids to pray like the other Muslims.
But this
was already a history as the situation had changed for worse with the
provocative actions by government forces, he alleged.
Violence
resumed after the two shooting incidents as separatists launched
reprisal attacks against both government forces and civilians. These
included a roadside bomb attack against a teacher’s protection unit
killing two female teachers and wounding four others, including two
policemen in Janae district of Narathiwat on July 24; the
execution-style killing of a couple in Takbai district of Narathiwat and
the fatal shooting of two policemen in Janae district on July 23.
(from ISRANEWS).
KOMENTAR BERITA
Inisiatif Ramadhan yang diumumkan pada hari ke 3
Ramadhan(12/7/13) oleh Datuk Seri Zamzamin Hashim(Fasilitator Malaysia)
mengenai persetujuan untuk MENGURANGKAN operasi (bukan "ceasefire") ,
oleh kedua pihak (Thai dan BRN) adalah berita gembira dan dialu-alukan
oleh ramai pihak,terutama rakyat awam yang mahu melihat wujudnya
keamanan di Selatan. Sepatutnya pengumuman itu dibuat sebelum bermulanya
Ramadhan ,tetapi atas SEBAB-SEBAB TERTENTU ianya ditangguhkan.
Kami fahami bahawa Inisiatif itu adalah pengumuman
SATU pihak oleh Fasilitator, atas niat baik ( good-intention ) agar
kedua pihak akan akur sepertimana yang dipersetujui secara PERINSIPnya,
pada mesyuarat terakhir di KL tanggal 13 Jun 2013. Pihak BRN kemudian
mengemukan syarat 7+4 perkara kepada pihak Thai ( melalui Fasilitator
dan You-tube) untuk, bukan sahaja mengurangkan operasi, malah menawarkan
PEMBERHENTIAN TERUS ( Total Suspension ) sepanjang bulan Ramadhan,
ditambah pula 10 hari dalam bulan Syawal, menjadikan kesemuanya 40
hari,sekiranya syarat-syarat tersebut dipenuhi.
Malangnya respon dari pihak Thai sendiri tidak
menggalakkan. Komentar balas spontan dari kalangan beberapa orang
menteri dan pegawai tinggi tentera( termasuk Panglima Tentera Darat
sendiri) terhadap syarat-syarat itu adalah mengecewakan. Seharusnya
sebelum memberi apa apa bentuk komen yang boleh "menjejaskan" proses
damai, diperhalusi,dikaji dan dibahaskan terlebih dahulu akan
syarat-syarat itu,lalu memberi maklum balas kepada pihak BRN apa yang
boleh,setakat mana yang boleh, dan apa yang tidak boleh dipenuhi.
Sepatutnya pihak Fasilitator membuat pengumuman
sebelum Ramadhan ,iaitu pada 9 Julai 2013. Adalah difamkan bahawa pihak
BRN tidak berpuas hati terhadap respon yang dikemukan oleh pihak
Thailand yang HANYA bersetuju untuk MENGURANGKAN (bukan berhenti terus)
operasi pemeriksaan,kepungan dan tangkapan, serta akan membuat
PERTUKARAN anggota askar kepada polis/ranger ( re-deployment of forces)
di beberapa kawasan mengikut senarai yang diberi pada 16 dan 17 Julai
2013. Lebih dari itu tidak ada. Jelas bahawa walaupun isu ini pada
awalnya dibangkitkan oleh delegasi Thai pada mesyuarat terakhir meminta
BRN mengurangkan operasi,kononnya atas permintaan Rakyat di selatan
,tetapi sekarang mereka pula tidak sanggup untuk berkompromi dengan
beberapa tuntutan BRN yang pada pandangan kami, tidaklah keterlaluan.
Oleh kerana pihak BRN tidak berpuas hati kepada
jawapan tersebut, terutama apabila tidak melibatkan pengunduran pasukan
bersenjata Thai (Tentera bahgian 4 ) keluar dari kampung kembali ke kem
besar, tidak ada penerangan mengenai usaha penarikan balik tentera
bahgian 1-3 keluar dari Selatan secara berjadual, maka secara
perinsipnya juga BRN tidak akan terikat dengan Inisiatif Ramadhan. Namun
sebagai menghurmati pengumuman pihak Fasilitator dan niat baik beliau
untuk merialisasikan usaha tersebut maka pihak BRN,walaupun tidak
bersetuju, mengabil sikap "wait-and-see ". Itulah isyarat yang
disampaikan oleh BRN kepada pejuang di lapangan. Segala tindak tanduk
pasukan keselamatan Thai yang beroperasi di Selatan akan dipantau oleh
pejuang di lapangan selama 2 minggu. Jika pihak Thai mematuhi segala
syarat yang terkandung dalam Inititif itu, pihak BRN bersedia untuk
melanjutkan tempuh tersebut mencukupi 40 hari.Sekiranya terdapat
sebarang tindakan provokatif oleh pihak Thai maka pihak di lapangan
dibolehkan bertindak mengikut kesesuaian sebagai
"standard-operative-procedure "(SOP) atau prosedur operasi standard.
Ternyata keadaan tanpa agressi hanya boleh bertahan
tidak lebih dari 5 hari. Sebelum itu dikhabarkan beberapa angguta
pejuang telah kembali kepangkuan kampung dan keluarga, malah turut
bersolat terawih di masjid-masjid tempatan. Tetapi sesudah itu
bermulalah siri tembakan dan pembunuhan keatas beberapa individu yang
sama ada merupakan anggota penyokong atau sekadar bersimpati kepada
perjuangan. Pelakunya sudah tentu dari pihak yang bertentangan,atau
mungkin juga usaha sabotaj dari pihak tertentu yang mahu menggagalkan
initiatif ini,sekaligus proses damai itu sendiri. Maka tidak hairanlah
selepas itu ada tindak balas dari pihak pejuang di lapangan mengikut
kesesuaian SOP tadi.Pada penelitian pejuang ,serangan itu dilakukan oleh
pihak Thai atau orang-orang di bawah kawalan nya. Tetapi jika
diperhatikan sehingga kini belum lagi ada tindakan BERSKALA BESAR dari
pihak pejuang. Ini sudah menunjukkan bahawa pihak BRN masih lagi
berpegang kepada "semangat" perinsip " kurangkan operasi" mengikut
initiatif Ramadhan itu.
Insiden terbaru adalah yang berlaku pada 24 Julai
2013 jam 9 pagi di Daerah Chanae berhampiran hospital. Berlaku letupan
bom tepi jalan yang disasarkan kepada pasukan polis peronda. Malangnya
pada masa yang sama sebuah kereta yang dinaiki beberapa orang guru
sekolah sedang mengekori kereta polis,telah turut terkena serpihan
letupan lalu terbabas ke dalam parit. Saksi di tempat kejadian
mengesahkan pihak polis telah melepaskan tembakan bertalu-talu terhadap
kereta guru itu. Setelah di periksa didapati 2 orang guru wanita mati
tempat kejadian manakala seorang guru lelaki cedera parah. Yang menjadi
kontroversi sekarang ialah apakah punca sebenar kematian dan kecederaan
guru-guru itu.? Adakah dari serpihan bom atau peluru polis ? Siasatan
terperinci ,telus dan seimbang perlu dilakukan segera dengan sokongan
bukti saintifik, untuk merungkai kontroversi ini.
Perlu dinyatakan di sini bahawa , berdasarkan
maklumat dari sumber tertentu, pihak BRN telah pun mengakui letupan
itu dilakukan oleh pejuangnya di lapangan tetapi menegaskan bahawa
sasaran sebenar adalah kereta polis,BUKAN guru. Walau bagaimana pun
berdasarkan rasa perikemanusiaan, pihak kami dengan dukacitanya
MENGUCAPKAN TAKZIAH kepada keluarga kesemua guru-guru yang terlibat
,iaitu : Puan Najihah Jira dan Puan Nurjahan Awang yang telah
terkorban,didoakan semoga dicucuri Rahmat Allah Subhanahu Waataala, dan
Apichart(Ismail) Benchulamas yang masih dirawat, semoga sembuh dengan
cepat.
Kini Ramadhan masih lagi tinggal10 hari
dicampur dengan 10 hari bulan Syawal, menjadikan tempuh berbaki lebih
kurang 3 minggu untuk menilai keberkesanan sebenar Inisiatif Ramadhan.
Untuk tempuh ini kami berharap pihak Thai akan MENGHENTIKAN SEGALA
OPERASI PROVOKATIF terhadap pihak pejuang, demi mengelak tindakan balas
yang tidak diingini dari pihak pejuang sendiri atau dari pihak-pihak
lain yang sentiasa mengintai peluang untuk sabotaj, bukan sahaja
terhadap inisiatif ini tetapi juga kepada Proses Damai itu sendiri.
Cuka dan Madu
Dari luar pagar Patani
Ramadhan/Julai 2013
ไม่มีความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น