Translate

วันพฤหัสบดีที่ 20 มิถุนายน พ.ศ. 2556

liputan media proses perdamaian



Beberapa pandangan asas berkenaan dengan liputan media proses perdamaian 




Oleh Dr. Norbert Ropers (CSCD/PSU Pattani) 
16 Jun 2013 (2556 B.E) 
Diterjemahkan oleh Hara Shintaro 

Cabaran-cabaran asas dalam liputan media proses perdamaian 

1. Proese perdamaian merupakan satu proses yang bersifat pertandingan. Bagi kebanyakan pihak yang mengambil bahagian, ia merupakan usaha untuk ‘memenangi’ perselisihan/konflik. Walaupun tumpuannya sudah beralih daripada penggunaan kekerasan dan keganasan kepada kaedah diplomatik yang menekankan kepentingan perbincangan/dialog dan perundingan, persepsinya masih dikuasai oleh konsep kemenangan atau kekalahan. Mereka yang terlibat dalam konflik hanya akan menyedari hakikat yang penting pada peringkat kemudian sahaja, iaitu adalah amat sukar untuk mencapai penyelesaian yang dapat diterima oleh semua pihak melalui kerangka proses perdamaian berdasarkan amalan ‘menang-kalah’. 

2. Oleh sebab adanya persepsi yang sedemikian, para wartawan juga bercenderung membuat liputan proses perdamaian dengan menumpukan perhatian kepada ‘siapa yang menang dan siapa yang kalah’. Bagi media utama, sikap ini merupakan corak liputan berita politik. Sikap ini juga diperkuatkan apabila antara kedua-dua pihak yang terlibat dalam proses perdamaian ada golongan yang bersikap was-was atau menentang proses itu sendiri. 

3. Seperti yang terdapat dalam ungkapan lama, ‘hakikat merupakan mangsa pertama dalam peperangan’, didapati bahawa pihak yang terlibat dalam proses perdamaian akan cuba memperalatkan maklumat untuk kepentingan pihaknya sendiri. 

Kesimpulan untuk kewartawanan proses perdamaian yang profesional dan beretika 

1. Keobjektifan dan profesionalism dalam kewartawanan: Seperti dalam liutan tentang bidang-bidang yang lain, liputan proses perdamaian juga harus mematuhi garis panduan dalam mencari kebenaran, penelitian yang saksama, pemeriksaan maklumat yang berlapisan, penyampaian yang tepat dan sebagainya. 

2. Liputan yang menyeluruh daripada pelbagai sudut: Konflik serta kedamaian semuanya melibatkan dua pihak atau lebih yang mempunyai pendapat serta pandangan yang berlainan sama sekali tentang kenapakah adanya konflik dan bagaimanakah konflik boleh diselesaikan secara aman. Dalam kebanyakan media, hanya satu pihak dengan pandangan tertentu sahaja diberikan bersuara. Keadaan sedemikian melanggar prinsip keadilan serta keseimbangan dalam membuat liputan. 

3. Promote the understanding of the drivers of conflict: For the mainstream society it is often a mystery why this conflict and violence do exist. This is not only due to the lack of the mainstream educational system & the dominant discourses in the society, but also a result of the enigmatic Patani-Malay movement. This offers chances for the media to enlighten people in a more holistic manner.
3. ส่งเสริมให้เกิดความเข้าใจต่อเงื่อนไขที่เป็นตัวขับเคลื่อนความขัดแย้ง: สังคมใหญ่มักจะไม่เข้าใจว่าความขัดแย้งและความรุนแรงนี้ดำรงอยู่ได้อย่างไร ซึ่งสาเหตุอาจจะไม่ใช่เพราะขาดระบบหลักในการให้การศึกษา รวมทั้งการที่มีข้อถกเถียงที่ครอบงำสังคมในเวลานั้น แต่ส่วนหนึ่งเป็นผลมาจากลักษณะอันซับซ้อนของขบวนการที่ธรรมชาติเป็นขบวนการมลายูปาตานี เรื่องนี้เปิดโอกาสให้สื่อเข้ามาทำหน้าที่ส่งเสริมให้สังคมสามารถทำความเข้าใจได้ครอบคลุม

3. Meningkatkan kefahaman tentang sebab-musabab konflik: Bagi masyarakat majoriti, adalah amat sukar untuk memahami kenapa konflik serta kekerasan/keganasan wujud. Ini bukan sahaja disebabkan oleh kekurangan dalam sistem pendidikan serta wacana dalam masyarakat majoriti, tetapi juga sebagai akibat yang dihasilkan oleh gerakan Patani-Melayu yang sukar difahami. Ini merupakan satu peluang baik bagi media untuk meningkatkan kefahaman orang ramai secara menyeluruh. 

4. Memberi laluan bersuara dan menegakkan kemanusiaan bagi mangsa konflik: Berita tentang Track-1 (pihak yang terlibat secara langsung dalam perundingan) memang penting, dan tugas utama media ialah membuat liputan tentangnya, tetapi media juga hendaklah mencari peluang untuk menyorot kepada mereka yang kehidupannya terjejas daripada keganasan serta konflik yang belum selesai. 

5. Menukarkan corak liputan daripada “Menang-Kalah” kepada “Menang-Menang”: Media hendaklah memaklumkan dan menyedarkan rakyat tentang kepentingan idea-idea serta cadangan-cadangan yang berkaitan dengan proses perdamaian termasuklah kepentingan berkomplomi. Media juga memberi ruangan kepada para aktivis serta idea-idea mereka.

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น